Filipina Tolak Beri Kerjasama Siasatan ICC

2021-06-15 16:37:58  CRI
Share with:

Filipina menolak memberi kerjasama kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam siasatan berkaitan kempen memerangi dadah di negara itu. 

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque berkata, ICC tidak berhak membuka siasatan berhubung tuduhan terjadinya “jenayah kemanusiaan” dalam kempen antidadah.

Beliau malah menyifatkan siasatan itu bermotifkan politik dan salah dari segi undang-undang. 

"Kami tidak akan bekerjasama kerana kami bukan lagi anggota ICC," ujar Roque dalam satu sidang media pada Isnin.

周乔西