Program "Spring Sprout" Dilancarkan di Timor-Leste

2021-06-15 16:19:39  CRI
Share with:

Program vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac yang disumbangkan China, bermula di Universiti Kebangasaan Timor-Leste (UNTL) pada Isnin.

Duta Besar China, Xiao Jianguo dalam majlis pelancaran memaklumkan, golongan pelajar berumur 18 tahun ke atas serta guru dan kakitangan di kampus diberi keutamaan dalam program inokulasi kali ini.

Beliau yakin, usaha tersebut mampu membantu melindungi kesihatan rakyat Timor-Leste serta membolehkan sekolah di negara itu dibuka semula seawal mungkin.

Pada hari sama, program "Spring Sprout" turut dilancarkan di Timor-Leste bagi memudahkan warga China di negara itu mendapatkan vaksin COVID-19.

 

周乔西