Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-100 PKC Dilancarkan

2021-06-22 11:38:35  CRI
Share with:

Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-100 PKC Dilancarkan_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_d5cf1bec-ac8b-49aa-87a4-0c4c1ceb7635

Duit syiling peringatan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC) telah dilancarkan oleh Bank Rakyat China baru-baru ini.

Antara 9 keping duit syiling yang membentuk satu set tersebut, terdapat syiling biasa dan syiling buatan emas serta perak.

Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun Ke-100 PKC Dilancarkan_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_d364b410-1747-4355-830e-5fd5a970a0a9

Syiling biasa melibatkan sekeping syiling logam campuran gangsa dan sekeping syiling perak seberat 30g yang masing-masing berlogo sambutan ulang tahun ke-100 PKC. Tiga keping syiling emas seberat 8g masing-masing melambangkan tiga tahap keadaan negara China di bawah pimpinan PKC, iaitu tahap merdeka, pembangunan dan kemakmuran. Selain itu, empat keping syiling perak seberat 150g pula membawa erti perjuangan, projek pembangunan, visi kerjaya dan impian yang mulia yang diterajui PKC.

Sebelum ini, syiling peringatan pernah juga diedarkan untuk meraikan ulang tahun ke-70 PKC pada 1991 dan ulang tahun ke-90 PKC pada 2011.

 

张宪