Dari Padang Pasir, Saihanba Kini Hutan Buatan Terbesar Dunia

2021-06-25 14:58:07  CRI
Share with:

Kira-kira 400 kilometer dari utara Beijing, terletaknya hutan buatan manusia terbesar di dunia yang berperanan penting dalam menjamin kualiti air dan udara di ibu negara China tersebut.

Saihanba, taman hutan kebangsaan yang terletak di Kaunti Autonomi Manchu dan Mongol Weichang, bandar Chengde di provinsi Hebei ditubuhkan pada tahun 1962 dengan penuh sejarah.

Menginjak ke tahun 1863, Saihanba ketika itu merupakan tempat penerokaan tanah bagi petani yang mengakibatkan ketandusan di kawasan itu sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi padang pasir.

Ini juga menyebabkan berlakunya ribut pasir yang kerap menyerang Beijing dan Tianjin serta bandar-bandar lain di utara China.

Sejak tertubuhnya Republik Rakyat China, Saihanba, iaitu gabungan daripada bahasa Mandarin dan Mongol yang bermaksud "dataran tinggi indah", ditransformasi menerusi pelancaran kempen secara besar-besaran untuk dihijaukan semula.

Mempunyai keluasan lebih 200 kilometer persegi, ia merupakan taman botani multifungsi yang menggabungkan penyelidikan saintifik, pengumpulan dan pameran spesies tumbuhan serta percutian.

Selain terkenal dengan jolokan "paru-paru hijau di utara China", Saihanba turut menarik sejumlah besar pelancong ketika musim panas setiap tahun.

Difahamkan, hutan itu menghasilkan oksigen sehingga 570 ribu tan setiap tahun, bersamaan dengan bekalan untuk dua juta orang bernafas selama setahun.Kira-kira 400 kilometer dari utara Beijing, terletaknya hutan buatan manusia terbesar di dunia yang berperanan penting dalam menjamin kualiti air dan udara di ibu negara China tersebut.

Saihanba, taman hutan kebangsaan yang terletak di Kaunti Autonomi Manchu dan Mongol Weichang, bandar Chengde di provinsi Hebei ditubuhkan pada tahun 1962 dengan penuh sejarah.

Menginjak ke tahun 1863, Saihanba ketika itu merupakan tempat penerokaan tanah bagi petani yang mengakibatkan ketandusan di kawasan itu sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi padang pasir.

Ini juga menyebabkan berlakunya ribut pasir yang kerap menyerang Beijing dan Tianjin serta bandar-bandar lain di utara China.

Sejak tertubuhnya Republik Rakyat China, Saihanba, iaitu gabungan daripada bahasa Mandarin dan Mongol yang bermaksud "dataran tinggi indah", ditransformasi menerusi pelancaran kempen secara besar-besaran untuk dihijaukan semula.

Mempunyai keluasan lebih 200 kilometer persegi, ia merupakan taman botani multifungsi yang menggabungkan penyelidikan saintifik, pengumpulan dan pameran spesies tumbuhan serta percutian.

Selain terkenal dengan jolokan "paru-paru hijau di utara China", Saihanba turut menarik sejumlah besar pelancong ketika musim panas setiap tahun.

Difahamkan, hutan itu menghasilkan oksigen sehingga 570 ribu tan setiap tahun, bersamaan dengan bekalan untuk dua juta orang bernafas selama setahun.

徐国玮