Tindakan rondaan bersama kali ke-106 yang dijalankan China, Laos, Myanmar dan Thailand selama 4 hari dan 3 malam di sungai Mekong telah berakhir semalam.
Pasukan penguatkuasa dari China yang menaiki tiga kapal sudah balik ke pelabuhan Guanlei pada 11:30 pagi semalam.
Empat negara terlibat telah menugaskan 99 orang penguatkuasa dengan menaiki 4 buah kapal untuk melaksanakan rondaan kali ini. Memandangkan situasi keselamatan yang terkini di daerah aliran Sungai Mekong dan kawalan serta pencegahan wabak COVID-19, misi kali ini dijalankan berdasarkan rondaan seksyen, rondaan menyusuri seluruh sungai dan rondaan gabungan sungai-darat.
Di samping itu, siri aktiviti sosialisasi anti-dadah yang bertemakan “berganding bahu melawan dadah” telah diadakan oleh empat negara terbabit, sebagai komponen dalam kempen sosialisasi menyambut Hari Anti Dadah Antarabangsa yang jatuh pada hari ini (26 Jun).