Varian Delta Cepat Merebak di Thailand

2021-07-06 12:17:10  CRI
Share with:

Varian Delta Cepat Merebak di Thailand_fororder_thai

Jumlah kes COVID-19 di serata Thailand terus meningkat sejak seminggu lalu, didorong oleh varian Delta yang cepat menular.

Kementerian Kesihatan Awam negara itu pada Selasa mengesahkan, varian koronavirus Delta menyumbang 32.2 peratus daripada jumlah kes COVID-19 tempatan dalam tempoh seminggu lalu, manakala di Bangkok dan kawasan berhampiran direkodkan sebanyak 52.2 peratus.

Setakat ini, terdapat 47 wilayah di seluruh negara bergelut dengan penularan cepat varian Delta.

董筱娉