Sambutan Ulang Tahun ke-100 PKC di Laos

2021-07-16 13:37:51  CRI
Share with:

Majlis temu mesra anjuran bersama Kedutaan Besar China di Laos, Jabatan Perhubungan Luar Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) telah diadakan di Vientiane semalam untuk menyambut ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC).

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Presiden Laos, Thongloun Sisoulith, Duta Besar China di Laos, Jiang Zaidong, Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Luar LPRP, Thongsavanh Phomviharn, pemimpin-pemimpin lain dalam parti dan kerajaan Laos, orang Cina dan perantau China di seberang laut, wakil agensi pelaburan China dan pakar China yang bertugas di negara itu.

Jiang Zaidong dalam ucapannya menyatakan, China sebagai negara sosialis yang sama dengan Laos yang dipimpin parti komunis, bersedia bersama LPRP untuk terus mengintensifkan interaksi dalam berkongsi pengalaman tentang pengendalian parti dan pentadbiran negara, berusaha menambah corak kepada pembangunan negara sosialis, mempergiat pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos dan memberi sumbangan positif terhadap pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Thongsavanh Phomviharn dalam ucapannya pula menyampaikan tahniah dan menyanjung tinggi prestasi gemilang yang diwujudkan oleh rakyat China di bawah pimpinan PKC, tercapainya Matlamat Seratus Tahun yang pertama dan perjuangan untuk Matlamat Seratus Tahun kedua yang berkaitan rapat dengan impian mulia kebangkitan kembali bangsa China.

张宪