Tahniah Xi kepada Persidangan Warisan Dunia Ke-44

2021-07-17 15:16:16  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan surat tahniah kepada Persidangan Warisan Dunia Ke-44 yang dirasmikan di Fuzhou semalam.

Kata beliau, budaya dunia dan warisan alam adalah hasilan signifikan peradaban manusia dan perkembangan alam, sekaligus wahana untuk menggalakkan saling belajar antara pelbagai peradaban.

China giat mengamalkan pembangunan baharu, menjunjung tinggi semangat bertanggungjawab terhadap sejarah dan rakyat, melaksanakan Konvesyen Memelihara Warisan Budaya dan Alam Dunia, dan meningkat kemampunan dan taraf perlindungan. Sementara itu, China bersedia bersama dengan pelbagai negara dan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) memperkasa interaksi dan kerjasama, mendorong dialog antara pelbagai peradaban, menyokong pemeliharaan warisan dunia, menjaga khazanah budaya dan alam, serta menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

高蕾