Rondaan Bersama Ke-107 di Sungai Mekong Bermula

2021-07-21 12:58:58  CRI
Share with:

Rondaan Bersama Ke-107 di Sungai Mekong Bermula_fororder_1626829813918_766_800x531

China, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-107 di Sungai Mekong pada Selasa.

Tiga kapal membawa anggota penguat kuasa undang-undang China yang terlibat dalam operasi tersebut telah berlepas dari pelabuhan Jingha di Xishuangbanna, provinsi Yunnan.

Operasi selama empat hari itu memberi tumpuan kepada usaha membanteras penyeludupan manusia di kawasan aliran Sungai Mekong, dan akan dijalankan secara serentak di perairan dan darat.

Petugas dari keempat-empat negara akan bertindak tanpa kontak langsung bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, misi rondaan di perairan akan dijalankan bersama China dan Laos, manakala rondaan darat pula dilakukan oleh Laos, Myanmar dan Thailand.

Rondaan Bersama Ke-107 di Sungai Mekong Bermula_fororder_1626829825025_602_800x531

Isnin lalu, empat negara mengadakan majlis secara maya bagi memberi penghargaan kepada pasukan dan individu yang berjasa besar terhadap operasi bersama membanteras jenayah dadah.

Operasi selama seratus hari itu berjaya membongkar 85 kes melibatkan jenayah dadah, di samping menahan 132 orang suspek dan merampas 8.4 tan dadah pelbagai jenis.

张哲