Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mengutus kawat tahniah kepada Bui Thanh Son yang sekali lagi dilantik sebagai Menteri Luar Vietnam, pada Rabu.
Wang menyatakan hubungan China-Vietnam terus berkembang baik, sementara komunikasi strategik peringkat tinggi dan kerjasama melibatkan pelbagai bidang semakin diperkasa.
Beliau turut menyuarakan kesediaannya untuk bersama-sama Bui Thanh Son melaksanakan konsensus antara pemimpin, sekali gus menyumbang kepada hubungan kejiranan dan ikatan kerjasama yang lebih kukuh antara kedua-dua negara.