Pertandingan Akhir “Jambatan Bahasa Mandarin” di Thailand

2021-08-02 15:16:38  CRI
Share with:

Pertandingan Akhir “Jambatan Bahasa Mandarin”  di Thailand_fororder_微信图片_20210802112927

Kedua-dua Kejohanan Kemahiran Bahasa Mandarin untuk Siswa-siswi Asing Sedunia “Jambatan Bahasa Mandarin” ke-20 dan Kejohanan Kemahiran Bahasa Mandarin untuk Pelajar Sekolah Menengah Sedunia “Jambatan Bahasa Mandarin” ke-14 telah masing-masing menganjurkan pertandingan akhir bagi kawasan Thailand secara dalam talian kelmarin.

Seramai 40 peserta beraksi dalam sesi pertandingan akhir tersebut yang merangkumi atur acara berceramah secara spontan, soal jawab tentang pengetahuan yang dikuasai dan persembahan kesenian. “Aku ingin melawat stesen angkasa lepas Tiangong” merupakan antara topik yang terpilih dalam ceramah peserta.

Kuasa usaha sementara Kedutaan Besar China di Thailand, Yang Xin dalam ucapan merasmikan pertandingan akhir itu menyatakan bahawa “Jambatan Bahasa Mandarin” telah menjadi sebuah jambatan yang menghubungkan pelajar Thailand yang berniat mengetahui keadaan pembangunan China dan meningkatkan persefahaman terhadap kebudayaan China, di samping memainkan peranan positif dalam merancakkan interaksi sosiobudaya, kesalinghubungan rakyat, kemakmuran bersama dan mewariskan persahabatan China-Thailand secara turun temurun. Yang berharap para peserta terus berusaha belajar bahasa Mandarin dan bersama-sama remaja China untuk membuka lembaran baharu dalam perkembangan persahabatan kedua-dua negara.

曹捷