Filipina Kesan Kes Jangkitan Varian Lambda

2021-08-16 12:45:05  CRI
Share with:

Kes jangkitan COVID-19 pertama akibat varian Lambda dikesan di Filipina, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Jangkitan itu membabitkan seorang wanita berusia 35 tahun yang tidak mempunyai simptom.

Kini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada ia merupakan kes tempatan atau tidak, sementara ujian saringan terhadap kontak rapat turut dilakukan. 

张哲