Teori konspirasi “virus COVID-19 dibocorkan dari makmal” yang dicanangkan politikus Amerika Syarikat (AS) mengundang bidasan saintis pelbagai negara.
Lebih 20 saintis terkemuka dunia dalam satu artikel yang ditulis bersama berkata, tiada bukti yang menunjukkan Institut Virologi Wuhan menjalankan penyelidikan mengenai COVID-19 atau virus yang boleh menjadi "nenek moyang" kepadanya.
Artikel yang diterbitkan dalam jurnal “Cell” AS itu dianggap sebagai satu penilaian penting terhadap asal usul COVID-19 berdasarkan bukti saintifik.