Kereta Api Kargo China-Eropah Berjalan 10 Ribu Kali

2021-09-02 15:07:18  CRI
Share with:

Kumpulan Kereta Api China (CR) semalam mengumumkan, kereta api kargo China-Eropah berjalan lancar dengan jumlah perjalanaannya mencatat 10,030 kali dari awal tahun ini hingga akhir Ogos, menghantar kontena sebanyak 964,000 unit bersamaan 20 kaki (TEU). Kedua-dua angka tersebut masing-masing meningkat 32 peratus dan 40 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam pada itu, jumlah perjalanan kereta api kargo China-Eropah melebihi seribu kali sebulan selama 16 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.

Sehingga kini, terdapat 73 laluan kereta api kargo yang menyambungkan China dengan lebih 170 bandar di 23 negara Eropah. Jumlah jenis barangan yang dihantar melebihi 50 ribu, sekali gus memberikan sokongan kukuh bagi pembangunan sosioekonomi di negara dan kawasan yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

徐国玮