Xi Seru Perkasa Kerjasama Menang-menang

2021-09-03 17:47:49  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang pleno Forum Ekonomi Timur ke-6 secara maya dan menyampaikan ucaptama hari ini.

Menurut beliau, sempena ulang tahun ke-76 kemenangan perang anti Fasis dunia dan juga kemenangan perang rakyat China menentang penceroboh Jepun pada hari ini, masyarakat antarabangsa perlu membela dengan tegas hasil kemenangan Perang Dunia ke-2, memelihara kebenaran fakta sejarah, di samping mengambil iktibar daripada sejarah dan merenung masa depan.

Presiden Xi dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin mengadakan rundingan menerusi panggilan video pada Jun lalu dan mengumumkan bersama untuk  melanjutkan "Perjanjian Kerjasama Jiran Baik dan Persahabatan China-Rusia", selain  mencapai konsesus baharu tentang  memperkasakan penyelarasan strategik dan kerjasama pragmatik pelbagai bidang. 

"Perkongsian strategi komprehensif China-Rusia  dilihat  mempunyai momentum yang kuat  dan prospek cerah pada era baharu," kata beliau.

Beliau menegaskan, kerjasama diperlukan bagi memerangi pandemik COVID-19, menjalankan pembangunan dan penyelidikan vaksin agar menyediakan lebih banyak produk awam kepada masyarakat antarabangsa. Di samping itu, usaha perlu dilakukan untuk menentang kegiatan mempolitikkan isu vaksin dan pencarian asal usul virus bagi mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam bidang kesihatan.

Presiden Xi juga menyeru untuk meningkatkan penyambungan dan kerjasama antara inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Kesatuan Ekonomi Euroasia(EAEU) , menyokong pembangunan ekonomi digital yang berorentasikan ivonasi, bersama-sama menghadapi perubahan iklim sejagat dan mendorong pembangunan sosioekonomi serantau.

Forum Ekonomi Timur yang bertema "Peluang baharu di Timur Jauh dalam konteks perubahan situasi dunia" kali ini berlangsung bermula Khamis hingga Sabtu ini di Vladivostok, Rusia. 

徐国玮