Myanmar Diseru Laksana Gencatan Senjata, Fokus Tangani Pandemik

2021-09-06 14:15:57  CRI
Share with:

Myanmar Diseru Laksana Gencatan Senjata, Fokus Tangani Pandemik_fororder_1630868758895_34_720x405

Tentera kerajaan Myanmar dan kumpulan etnik bersenjata diseru melakukan gencatan senjata sehingga hujung tahun ini untuk menangani wabak COVID-19 dan krisis kemanusiaan di negara itu.

Seruan dibuat oleh  Duta Khas ASEAN ke Myanmar merangkap Menteri Luar II Brunei Darussalam, Erywan Mohd Yusof pada Ahad.

Beliau berkata, selepas gencatan senjata dilakukan, ASEAN akan mengedarkan barang bantuan kemanusiaan kepada Myanmar pada pertengahan September, seterusnya membantu Myanmar membeli vaksin COVID-19.

Erywan turut menyuarakan hasrat untuk melawat Myanmar pada bulan ini dan agenda  lawatan sedang dalam perbincangan dengan pihak Myanmar.

Sebelum ini, Erywan dilaporkan telah mengemukakan permintaan kepada  pihak Myanmar untuk bertemu dengan Aung San Suu Kyi, tetapi masih belum mendapat sebarang respons.

张哲