Afghanistan Perlu Dibangunkan Semula: Mujahid

2021-09-06 12:19:52  CRI
Share with:

Afghanistan bakal mengharungi satu zaman keamanan dan kestabilan susulan pengunduran sepenuhnya tentera asing, kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), Ahad.

Menurut beliau, biarpun negara itu pernah mengalami kacau-bilau akibat kehadiran kuasa asing, namun pihaknya sedang berusaha menggerakkan proses pembangunan semula.

Ketika menyebut tentang hubungan diplomatik, Mujahid berkata, Afghanistan bersedia menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan negara jirannya termasuk China, khususnya mencapai kemajuan ketara dalam kerjasama dengan China.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, Afghanistan takkan menjadi sarang membiak pengganas, dan bersedia bersama-sama negara lain untuk menyumbang kepada pembanterasan keganasan.

董筱娉