Xi: China-ASEAN Perdalam Kerjasama, Jadi Rakan Paling Dinamik

2021-09-10 14:15:55  CRI
Share with:

Sejak menjalinkan hubungan dialog pada 30 tahun lalu, China dan ASEAN dilihat terus memperdalam kerjasama sehingga menjadi rakan dagang terbesar serta rakan paling dinamik di rantau Asia Pasifik.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping di dalam kawat tahniahnya atas perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS), hari ini.

Menurut beliau, sejak COVID-19 menular, kedua-dua pihak berganding bahu membendung wabak dan mengatasi kesukaran, menyemarakkan semangat komuniti berkongsi nasib yang saling membantu.

Terdahulu pada November 2020, Xi turut mengeluarkan empat saranan bagi mempererat komuniti berkongsi nasib dan ia kini memperlihatkan tindak balas yang positif.

Sambil meneruskan kerjasama dalam bidang tersebut, China turut bersedia mengintensifkan hubungan strategik saling mempercayai, memperluas kerjasama membendung wabak, dan mengoptimumkan kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Pada masa sama, China juga akan mendorong pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), membangunkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang berkualiti tinggi secara bersama, menaiktaraf hubungan rakan strategik, serta memelihara momentum kemakmuran dan pembangunan serantau.

CAEXPO dan CABIS ke-18 yang membuka tirainya di Nanning, Guangxi hari ini mengangkat slogan "berkongsi peluang baharu saluran darat laut, membangun bersama komuniti berkongsi nasib China-ASEAN" sebagai temanya.

高蕾