Wang Yi Bertemu TPM Singapura

2021-09-14 13:41:57  CRI
Share with:

Wang Yi Bertemu TPM Singapura_fororder_微信图片_20210914094551

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri Singapura yang juga pengerusi bagi pihak Singapura Majlis Bersama Koordinasi Bilateral China-Singapura di republik itu semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa China bersedia menjalankan kerjasama dengan Singapura dalam penyelidikan dan pengeluaran ubat dan virologi, bersama-sama menentang amalan 'nasionalisme berunsurkan vaksin' dan menyumbang kepada usaha memerangi wabak serantau dan membentuk komuniti kesihatan umat manusia.  

Wang Yi Bertemu TPM Singapura_fororder_微信图片_20210914094601

Wang menambah, China bersedia bersama-sama Singapura menaiktarafkan projek kerjasama '3+1' dan mekanisme kerjasama '7+1' kedua-dua pihak melalui teknologi digital, mendorong untuk menggubal peraturan ekonomi digital yang terbuka, inklusif dan selamat, memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi hijau demi menyokong pemulihan ekonomi kedua-dua negara bahkan serantau.  

Dalam pertemuan itu, Heng Swee Keat pula menyatakan bahawa Singapura menghargai kerjasama pengembangan vaksin yang dijalankan antara China dengan negara lain dan perkongsian pengalaman melawan wabak dengan negara lain. Singapura bersedia terus menjalankan kerjasama dengan China dalam bidang pencegahan wabak, ekonomi digital, kewangan hijau dan perubahan iklim untuk menyumbang kepada usaha menyahut cabaran bersifat sejagat. 

曹捷