Lee Hsien Loong Ditemui Wang Yi

2021-09-15 12:25:29  CRI
Share with:

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah ditemui Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang melawat di negara itu semalam waktu tempatan.

Wang Yi telah menyampaikan salam daripada pemimpin China kepada Lee Hsien Long dan menyatakan sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 30 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara dikekalkan perkembangan baik yang bermanfaat bagi kestabilan serantau. Wang berkata, pada masa pasca wabak, China bersedia terus meningkatkan rasa saling mempercayai antara kedua-dua negara, mengintensifkan interaksi, mencari peluang pembangunan supaya terus mendorong kerjasama yang boleh menguntungkan kedua-dua negara dalam pelbagai bidang sehingga memberi sumbangan terhadap keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau bahkan sejagat.

Wang menekankan, China bersedia bersama-sama negara ASEAN untuk mempercepat rundingan melibatkan “tata tertib tingkah laku Laut China Selatan”, menganjurkan aktiviti peringatan ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN, melindungi rangka rantau yang berpusatkan ASEAN, berkongsi 'dividen pembangunan' dengan pelbagai negara supaya mendorong pembangunan dan kemakmuran bersama rantau ini.

Lee Hsien Loong pula menyanjung tinggi pencapaian dan kepantasan China dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Menurut beliau, Singapura menyokong negara ASEAN dan China memperkukuh rangka kerjasama serantau yang terbuka yang boleh menyediakan peluang pembangunan baharu kepada kedua-dua pihak. Lee Hsien Loong berkata, China yang mencapai kemajuan cemerlang dalam tempoh lebih 40 tahun yang lalu, dikehendaki memikul lebih banyak tanggungjawab antarabangsa. Pihaknya berharap berusaha bersama China untuk membina “kampung bumi” dalam zaman globalisasi ini supaya mendorong pembangunan berterusan sedunia.

张宪