China Perdalam Pelibatan Hak Asasi Manusia Antarabangsa

2021-09-15 15:25:04  CRI
Share with:

China akan membuka lembaran baharu dalam bidang kerjasama hak asasi manusia antarabangsa dan menyertai pembinaan hak asasi manusia antarabangsa dari empat aspek.

Demikian dikatakan Wakil Khas Hak Asasi Kemanusiaan Kementerian Luar China, Li Xiaomei ketika sidang taklimat Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Negara 2021-2025 oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada Selasa.

Ketika mengulas tentang hak asasi manusia termasuk di peringkat antarabangsa, beliau menyatakan China komited dalam mendorong pembangunan yang komprehensif serta mengemukakan cadangan dan perancangan China.

Jelas Li, selain itu, China juga mahu memperkasakan nilai sesama insan yang bersifat damai, membangun, sama rata, adil, demokrasi dan bebas serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Pertama, China akan memikul tanggungjawab antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia secara bersungguh-sungguh.

"Sebagai negara membangun yang terbesar, pembangunan hak asasi manusia di China menjadi sumbangan yang paling penting bagi pembangunan hak asasi manusia dunia," ujar beliau.

Kata Li, China juga akan memberikan perhatian yang tinggi tentang peranan penting instrumen hak asasi manusia antarabangsa dalam perlindungan hak asasi manusia, terus mendorong pembangunan sosioekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkasakan kesaksamaan dan keadilan masyarakat serta jaminan perundangan dalam bidang tersebut.

Menurut Li, untuk aspek kedua pula, China akan menyertai secara aktif dalam kerja-kerja institusi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagi aspek tersebut, beliau mempericikan bahawa China akan menyertai kempen pemilihan negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR) sesi 2024-2026, memperkasakan prinsip keadilan dan objektif dalam hak asasi manusia PBB, menentang tegas langkah yang mempolitikkan isu hak asasi manusia dan dwistandard.

"Untuk aspek ketiga, China akan mengadakan dialog dan kerjasama yang bersifat membina.

"Manakala bagi aspek keempat pula, China akan menyertai tadbir urus hak asasi manusia antarabangsa secara mendalam sambil mendorong pelbagai pihak mematuhi  manifesto dan prinsip yang terkandung dalam Piagam PBB," tambah Li lagi.

徐国玮