EU Kecewa terhadap AS

2021-09-22 15:27:14  CRI
Share with:

Pesuruhjaya Pasaran Dalaman Kesatuan Eropah(EU), Thierry Breton semalam berkata, hubungan transAtlantik mengalami banyak masalah pada beberapa tahun kebelakangan ini. EU menzahirkan rasa kecewa terhadap Amerika Syarikat (AS) bukan hanyalah peristiwa pembatalan kontrak pembelian kapal selam.

Dalam temu ramah dengan wartawan di Washington, beliau berkata, pihak berkuasa AS mengambil pelbagai keputusan yang mengecewakan pada beberapa bulan kebelakangan ini sehingga ramai tokoh politik dan rakyat di Eropah berpendapat bahawa terdapat retak dalam hubungan transAtlantik.

Menurutnya, AS mengundurkan tenteranya dari Afghanistan tanpa berkomunikasi baik dengan EU, selain mengekalkan sekatan perjalanan antarabangsa yang diamalkan  bekas Presiden, Donald Trump. Kesemua ini menambah kekecewaan Eropah terhadap AS.

AS, Britain dan Australia mengumumkan  kerjasama tiga hala baharu  pada 15 September lalu. Australia merancang bekerjasama dengan AS dan Britain untuk membina kapal selam nuklear, di samping membatalkan kontrak pembelian kapal selam yang bernilai beberapa puluh billion dolar Amerika dengan angkatan laut Perancis. Tindakan ini mencetuskan kemarahan pihak Perancis, manakala  EU pula menyatakan sokongan kepada Perancis dalam isu tersebut.

徐国玮