Afghanistan Tidak Izinkan Ancaman Keselamatan Sebarang Kuasa

2021-09-22 15:05:06  CRI
Share with:

Afghanistan Tidak Izinkan Ancaman Keselamatan Sebarang Kuasa_fororder_taliban1

Afghanistan Tidak Izinkan Ancaman Keselamatan Sebarang Kuasa_fororder_taliban2

Afghanistan tidak mengizinkan ancaman keselamatan dari sebarang kuasa terhadap wilayahnya dan serantau setelah tentera Amerika Syarikat(AS) berundur dari negara itu, kata jurucakapTaliban, Zabihullah Mujahi pada sesi taklimat semalam.

Menurut  Zabihullah Mujahi, kerajaan sementara Afghanistan sedang meningkatkan tahap keselamatan di ruang udara lapangan terbang Kabul, sementara itu,  pasukan profesional dari Turki, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu(UAE) sedang berusaha untuk memulihkan semula operasi lapangan terbang tersebut.  

Katanya, Afghanistan bukanlah sebuah negara miskin, sebaliknya,  kaya dengan sumber tenaga. Kerajaan sementara akan berusaha untuk menangani krisis kewangan yang diakibatkan kerajaan yang lama. Pihaknya berharap terus mendapat sokongan dari masyarakat antarabangsa.

Zabihullah Mujahi menambah, lawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) ke Afghanistan membawa harapan kepada negara itu dengan pelbagai isu dalam bidang kesihatan dipercayai dapat ditangani dengan baik.

Zabihullah Mujahi juga melahirkan terima kasih atas sokongan China sejak sekian lama dan bersikap optimistik terhadap hubungan dua hala China-Afghanistan pada masa kelak. 

胡星