AS Digesa Undurkan Tenteranya dari Syria: Faisal Mekdad

2021-09-26 15:50:22  CRI
Share with:

AS Digesa Undurkan Tenteranya dari Syria: Faisal Mekdad_fororder_1632603743205_520_800x448

AS perlu mengundurkan pasukan tenteranya dari Syria secepat mungkin, kata Kementerian Luar Syria, Faisal Mekdad hari ini.

Semasa menerima wawancara eksklusif Kumpulan Media China (CMG) , Faisal Mekdad yang sedang menyertai sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York menyatakan bahawa penduduk awam sebenarnya merupakan mangsa yang menderita akibat sekatan sepihak negara Barat terhadap Syria. Contonya, penduduk kekurangan barang-barang keperluan harian, bakalan elekterik hanya sepanjang dua jam sehari di ibu negara Damsyik, manakala pemandu perlu berbaris panjang untuk mengisi bahan bakar kenderaan mereka.

Menurut beliau, walaupun negara Barat sentiasa menegaskan sekatan mereka tidak meliputi bantuan kemanusiaan, sebenarnya, Syria tidak dapat mengurus pertukaran wang asing akibat sekatan ekonomi hingga bahan keperluan seperti ubat-ubatan tidak dapat dibeli dari negara lain. Keadaan ini amat serius ketika berdepan kemelut pandemik COVID-19.

覃淼