China Aktif Sertai Kerjasama dalam Mekanisme Kerjasama Pertahanan ASEAN

2021-10-01 14:02:30  CRI
Share with:

China dan ASEAN sedang menghadapi peluang baharu dalam sejarah kerjasama bilateral, pasukan tentera China akan dengan aktif menyertai kerjasama pelbagai dimensi dalam mekanisme kerjasama ASEAN mengenai pertahanan dan keselamatan. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang media semalam.

Wu menyatakan bahawa China sentiasa teguh menyokong mekanisme pertahanan dan keselamatan serantau yang berpusatkan ASEAN dan menyertai kerjasama yang melibatkan pelbagai acara. Pada 14 September lalu, China dan Kemboja bersama-sama menganjurkan mesyuarat video kumpulan pakar pembersihan periuk api Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus ke-8 ( ADMM - Plus ). China juga telah menghantar wakil untuk menyertai Seminar Pengawalan Wabak COVID-19 yang dianjurkan Pusat Kedoktoran Ketenteraan ASEAN pada 14-15 September.

Wu berkata, tahun ini ulang tahun ke-30 hubugan dialog China-ASEAN. Tentera China akan memberikan sumbangan baharu kepada usaha membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih solid serta pemeliharaan kedamaian dan kestabilan serantau.

曹捷