Rai Hari Kebangsaan China, Semoga Kerjasama dan Maju

2021-10-03 16:04:13  CRI
Share with:

Kedutaan dan konsulat China berturut-turut mengadakan majlis resepsi dalam talian bagi menyambut ulang tahun ke-72 Republik Rakyat China. Tokoh politik pelbagai negara mengucapkan tahniah dan menanti-nantikan kerjasama yang kondusif.

Duta Besar China ke Vietnam, Xiong Bo berkata, berdepan dengan peluang dan cabaran yang tidak pernah dihadapi, kedua-dua negara diharap memilih arahan yang betul dalam mengembangkan hubungan bilateral, memperkasa penyelarasan ketika menangani urusan antarabangsa dan serantau, dan bersama-sama membela amalan multilateralisme dan keadilan antarabangsa.

Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam berkata, Parti, negara dan rakyat mengucapkan tahniah kepada China yang merealisasikan matlamat perjuangan 'Seratus Tahun' yang pertama, iaitu berjaya membangunkan masyarakat makmur sederhana pada tahun 2021.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata, negaranya ketika mencari saluran kerjasama bagi menangani cabaran yang dihadapi bersama, berdoa bahawa rakyat China hidup harmoni, bahagia dan sejahtera pada setahun yang akan datang.

Duta Besar China ke Jepun, Kong Xuanyou berkata, sempena ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik antara Republik Rakyat China dengan Jepun yang jatuh pada tahun depan, kedua-dua negara diharap menimba pengalaman, bersungguh-sungguh menangani percanggahan pendapat dan perselisihan, dan menenkankan elemen yang positif, agar mendorong hubungan bilateral terus berkembang mantap untuk tempoh 50 tahun yang akan datang.

高蕾