5 Orang Mangsa dalam Letupan Masjid Kabul

2021-10-04 15:18:03  CRI
Share with:

5 Orang Mangsa dalam Letupan Masjid Kabul_fororder_tlb

Sebutir bom dilaporkan meletup di hadapan Masjid Eid Gah, Kabul, Afghanistan.

Demikian disahkan Naib Menteri Kebudayaan dan Maklumat kerajaan sementara Taliban, Zabihullah Mujahid petang semalam.

Bagaimanapun, Mujahid tidak memaklumkan perincian tentang jenis letupan dan jumlah mangsa.

Dimaklumkan, pada saat letupan tersebut berlaku, upacara berdoa untuk ibu Mujahid yang baru wafat beberapa hari sebelum ini sedang diadakan dalam masjid berkenaan.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kerajaan sementara Taliban mengesahkan, terdapat 5 orang maut atau cedera dalam letupan berkenaan.

Setakat ini, tiada pertubuhan mana pun yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

5 Orang Mangsa dalam Letupan Masjid Kabul_fororder_tlb2

高蕾