Naib Wakil Tetap China ke PBB: Isu Kawalan dan Perlucutan Senjata Berada di Persimpangan Jalan

2021-10-06 14:52:46  CRI
Share with:

Naib Wakil Tetap China ke PBB: Isu Kawalan dan Perlucutan Senjata Berada di Persimpangan Jalan_fororder_511624964

Naib Wakil tetap China ke PBB, Geng Shuang menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa sedang menghadapi saat untuk membuat pilihan penting ketika sistem kawalan dan perlucutan senjata pelbagai pihak berada di persimpangan jalan. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam sesi debat umum yang diadakan Jawatankuasa Perlucutan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa di bawah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-76 semalam.

Geng dalam ucapannya mengemukakan empat perkara yang menghadapi dua pilihan, iaitu memulihkan mentaliti perang dingin atau melaksanakan amalan multilateralisme? Mengamalkan pragmatisme dengan membelakangi peraturan pelbagai hala atau memikul tanggungjawab dan kewajipan untuk mendorong agenda perlucutan senjata? Melaksanakan geostrategi untuk menekankan negara lain yang bercanggah pendapat atau mengamalkan prinsip objektif dan adil untuk menyelesaikan isu berkenaan secara politik? Menggunakan sewenang-wenangnya kelebihan sendiri untuk memonopoli teknologi atau menggalakkan peningkatan keterbukaan untuk menggubal peraturan bersama-sama?

Geng menekankan, masyarakat antarabangsa dikehendaki berpandukan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, memikul tanggungjawab dalam membuat pilihan yang bijaksana mengenai empat perkara tersebut. 

曹捷