Pesakit Terjangkit Varian Delta Dikesan di 192 Negara

2021-10-06 12:34:56  CRI
Share with:

Pesakit Terjangkit Varian Delta Dikesan di 192 Negara_fororder_1633473064839_780_916x536

Jumlah kes positif dan kematian COVID-19 di seluruh dunia dalam tempoh seminggu lalu terus menunjukkan trend berkurangan, maklum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Jumlah kes positif yang dikesan dalam lingkungan sejagat pada minggu lalu mencatat 3.1 juta, dengan kebanyakan rantau menyaksikan trend berkurangan kecuali Eropah. Antaranya, Afrika menyaksikan trend berkurangan 43% berbanding dua minggu lalu, iaitu penurunan yang paling besar di seluruh dunia dalam seminggu lalu. Sementara itu, jumlah kes kematian dalam lingkungan sejagat dilaporkan menurun 4% berbanding dua minggu lalu, dengan melebihi 54,000.

Pesakit Terjangkit Varian Delta Dikesan di 192 Negara_fororder_1633473193023_453_854x425

Amerika Syarikat, Britain, Turki, Rusia dan India merupakan lima negara yang paling banyak mengesan kes positif pada seminggu lepas. Kini, pesakit yang terjangkit varian Delta koronavirus baharu telah dikesan di 192 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

高蕾