Telesidang “Basmikan Kemiskinan dan Dorong Hak Asasi Manusia” China-Afrika

2021-10-06 14:33:46  CRI
Share with:

Telesidang “Basmikan Kemiskinan dan Dorong Hak Asasi Manusia” China-Afrika_fororder_796729947

Sempena mesyuarat ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Misi Tetap China ke PBB dan misi-misi dari lebih 50 buah negara Afrika di Geneva telah bersama-sama mengadakan telesidang bertemakan "peranan pembasmian kemiskinan dalam mendorong dan melindungi hak asasi manusia". Telesidang tersebut juga menyaksikan penglibatan misi tetap dari sejumlah negara lain di PBB, pegawai  pertubuhan antarabangsa berkenaan dan wartawan serta wakil media.

Wakil tetap China di pejabat Geneva PBB dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu menyatakan China telah mencapai kejayaan yang signifikan dalam membasmikan kemiskinan domestik dengan menyelesaikan masalah kemiskinan mutlak untuk kali pertama dalam sejarah silam. Kejayaan China ini dianggap memberi sumbangan besar terhadap usaha pembasmian kemiskinan global dan pembangunan hak asasi manusia sedunia. China dan Afrika sebagai sahabat, rakan dan saudara yang berkongsi nasib menghadapi misi pembangunan yang sama.

“Inisiatif pembangunan global” yang dikemukakan Presiden China, Xi jinping dalam sesi debat umum Perhimpunan Agung PBB tahun ini, dianggap menunjukkan hala tuju bagi kerjasama pembangunan antarabangsa. China bersedia bersama-sama dengan negara-negara Afrika untuk mendorong pelaksanaan inisiatif tersebut di samping meningkatkan kerjasama dalam pembangunan dan pembasmian kemiskinan demi kesejahteraan rakyat China dan Afrika.

Wakil tetap Cameron di PBB yang juga selaku pegawai penyelaras kumpulan Afrika menyatakan bahawa pihaknya menyanjung tinggi terhadap bantuan tanpa syarat yang dihulurkan China kepada Afrika. Inisiatif Pembangunan Global anjuran Presiden Xi dialu-alukan Afrika dan dipercayai akan membuahkan hasil yang semakin banyak.

Video pendek tentang pencapaian kerjasama China-Afrika dalam pelbagai bidang pula ditayangkan dalam telesidang tersebut.

张宪