Jalin Hubungan Saling Percaya, Tangkis Epidemik

2021-10-07 15:37:21  CRI
Share with:

Jalin Hubungan Saling Percaya, Tangkis Epidemik_fororder_dm

ASEAN diharap menjalin hubungan saling mempercayai untuk menangkis penyakit jangkitan lebih teruk yang mungkin berlaku pada masa depan.

Demikian saranan pakar kawalan penyakit dalam Sidang Khas Peringkat Menteri untuk Kesihatan Awam Digital ASEAN yang diadakan semalam.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam berkata, ASEAN perlu membuat persiapan bagi menangkis epidemik yang mungkin berlaku. Sebelum ini, pelbagai negara kelihatan lambat berkongsi maklumat yang amat sensitif dalam perjuangan peringkat awal menangkis COVID-19.

Pengarah Pusat Penyakit Jangkitan Kebangsaan Singapura telah menyentuh kerjasama serantau. Katanya, ASEAN perlu memperdalam hubungan saling mempercayai berdasarkan perkongsian kerjasama serantau, kalau tidak, akan menghadapi kesukaran dan rintangan dalam proses mendorong pelbagai pihak membina komuniti perpaduan.

高蕾