Ekonomi ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) Dijangka Meningkat 6.1%

2021-10-08 15:28:36  CRI
Share with:

AREO 2021, iaitu laporan prospek ekonomi ASEAN dan China, Jepun serta Korea Selatan (ASEAN 10+3) 2021 telah diumumkan oleh Pejabat Pengajian Ekonomi Makro ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (AMRO) semalam.

Menurut laporan tersebut, ekoran pengaruh dari penularan varian Delta koronavirus baharupertumbuhan ekonomi rantau ini dijangka meningkat 6.1% pada 2021, lebih rendah daripada angka ramalan dibuat pada Mac, iaitu 6.7%.

Jangkaan dibuat AMRO menunjukkan kadar peningkatan ekonomi di China, wilayah Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan masing-masing mencatat 8.2%6.5%2.6% dan 3.9% pada tahun ini. ASEAN pula dijangka mencapai 2.7%. Myanmar ialah satu-satunya negara anggota ASEAN yang menghadapi kemerosotan ekonomi dengan merekodkan pertumbuhan negatif 18.7%.

Untuk 2022 pula, kadar peningkatan ekonomi China, Jepun dan Korea dijangka akan mencapai 4.8%, manakala ASEAN pula mampu mencatat 5.8%. Peningkatan keseluruhan rantau 10+3 dijangka menokok 5% pada 2022.

曹捷