China, ASEAN Sasar Komuniti Berkongsi Nasib Lebih Rapat

2021-10-09 13:50:05  CRI
Share with:

China dan ASEAN diharap dapat menghargai pengalaman berharga yang dikumpul selama 30 tahun ini supaya menyumbang ke arah membina komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Demikian ujar anggota Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi ketika berucap pada majlis jamuan memperingati ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN di Beijing pada Jumaat.

Wang berkata, sejak hubungan itu terjalin pada 1991, China dan ASEAN telah menempuh satu jalan yang menjanjikan perpaduan dan kerjasama menang-menang, sekali gus memberi sumbangan besar kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau dan dunia.

Beliau turut mengetengahkan beberapa saranan berhubung pembangunan kedua-dua pihak buat jangka panjang, antaranya termasuk ikatan China-ASEAN terus diperkukuh, kolaborasi pragmatik dipergiatkan lagi dan rakyat dijamin berkongsi hasil kerjasama.

Saranan lain antaranya aktiviti interaksi sosiobudaya kekal rancak, usaha memelihara keamanan Laut China Selatan diteruskan, dan tindakan diambil untuk menyumbang kepada tadbir urus global.

董筱娉