Resolusi China Berhubung Legasi Kolonialisme Dilulus UNHCR

2021-10-10 14:57:35  CRI
Share with:

Resolusi China Berhubung Legasi Kolonialisme Dilulus UNHCR_fororder_nn

Resolusi China mengenai impak negatif legasi kolonialisme terhadap pengecapan hak asasi diluluskan ketika berlangsungnya sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Geneva pada Jumaat.

Resolusi itu berbunyi, legasi kolonialisme dalam pelbagai bentuk antaranya eksploitasi ekonomi, ketidaksamarataan dalam negeri dan sesama negara, perkauman sistematik, pelanggaran hak orang asli, pembudakan kontemporari dan pembinasaan warisan budaya, mempunyai kesan negatif terhadap hak asasi.

Peri pentingnya penghapusan kolonialisme dalam apa jua bentuk serta penyelesaian legasi kolonialisme juga turut ditekankan menerusi resolusi berkenaan.

董筱娉