PBB Harap Capai “Hala Tuju Jelas” dalam Sidang Fasa Pertama COP15

2021-10-11 11:58:03  CRI
Share with:

Naib Setiausaha Eksekutif bagi “Konvensyen Kepelbagaian Biologi”, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), David Kolb semalam menyatakan pihaknya berharap sidang fasa pertama Persidangan Pemeterai ke-15 konvensyen tersebut (COP15) dapat menetapkan “hala tuju jelas” supaya memastikan dokumen bagi “rangka kepelbagaian biologi global pasca 2020” yang bakal dibincangkan dalam sidang fasa kedua tahun depan.

David Kolb pula menyeru agar pemimpin pelbagai negara menunjukkan “ambisi” dalam perlindungan kepelbagaian biologi, meningkatkan pelaburan dalam bidang berkenaan di samping menjalankan lebih banyak langkah dari segi undang-undang, peraturan dan mekanisme penggalakkan. Sehubungan itu, “rangka kepelbagaian biologi global pasca 2020” perlu dijadualkan untuk menyediakan garis panduan langkah revolusi yang bakal diambil oleh pelbagai pihak pada masa depan.

张宪