Wang Yi Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 tentang Isu Afghanistan

2021-10-13 11:41:06  CRI
Share with:

 

Utusan Khas Presiden Xi merangkap Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri Sidang Kemuncak Khas Pemimpin Kumpulan 20 mengenai isu Afghanistan secara maya di Beijing semalam.

Wang menekankan, pengalaman yang kita menimba dari Afghanistan pada 20 tahun yang lalu membuktikan bahawa menghormati pillihan negara lain dalam melakukan pembangunan, dan menerima peradaban lain serta saling belajar barulah pendekatan betul bagi menjalinkan hubungan antara negara.

Sehubungan itu, empat saranan dikeluarkan Wang, iaitu berpaksikan hidup rakyat membantu Afghanistan menangani krisis kemanusiaan; mendorong pembangunan negara berkenaan ke arah yang terbuka dan inklusif berdasarkan pertimbangan terhadap keadaannya pada masa sekarang dan masa kelak; mengamalkan sikap toleransi sifar dan memastikan Afghanistan menjauhi keganasan; dan mengintensifkan persepakatan dan menggalakkan kerjasama melalui pelbagai mekanisme yang melibatkan negara terbabit.

高蕾