Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada laporan yang dikeluarkan semalam menyatakan bahawa ekonomi sejagat dijangka akan terus pulih tetapi pemulihan itu akan menjadi semakin perlahan pada tahun 2021, dan unjuran pertumbuhan sepanjang tahun mencatat 5.9%, turun 0.1% berbanding unjuran pada bulan Julai.
Menurut unjuran edisi terkini, ekonomi China pada tahun 2021 dijangka berkembang pada kadar 8%, turun 0.1% berbanding unjuran pada bulan Julai, dan akan turun lagi hingga mencecah 5.6% pada tahun 2022.
IMF menganggap, walaupun berada dalam pemulihan, ekonomi dunia masih menghadapi masalah berkurangan daya dorong susulan wabak COVID-19 yang berlarutan yang dilihat sebagai halangan paling besar.
Serentak itu, negara dan kawasan yang selaku komponen yang penting dalam rantai bekalan dunia kelihatan terjejas akibat jangkitan kluster koronavirus baharu yang menjadi-jadi dalam senario global dalam tempoh masa yang lebih panjang daripada jangkaan sehingga inflasi di beberapa negara berkemungkinan akan menjadi semakin hebat.