Mesyuarat Peringkat Menteri Pengurusan Bencana China-ASEAN Pertama

2021-10-15 14:22:05  CRI
Share with:

Sebagai pelaksanaan kata sepakat yang tercapai dalam Sidang Pemimpin China-ASEAN ke-23, Mesyuarat Peringkat Menteri Pengurusan Bencana China-ASEAN yang pertama telah diadakan menerusi video semalam.

Mesyuarat tersebut diserikan dengan kehadiran Menteri Pengurusan Kecemasan China, Huang Ming, Menteri Pengurusan Bencana dari 10 Negara ASEAN, dan Ketua Setiausaha ASEAN, Lim Jock Hoi. “Rancangan Kerja Pengurusan Bencana China-ASEAN (2021-2025)” dan kenyataan bersama yang baru diluluskan berperanan menggariskan agenda kerjasama kedua-dua pihak pada masa depan.

Huang Ming menyatakan China bersedia berpandukan kata sepakat yang tercapai pemimpin China-ASEAN tentang pencegahan bencana, meningkatkan kerjasama kondusif untuk mengintensifkan keupayaan pencegahan dan pengawalan bencana alam supaya dapat meenyediakan perkhidmatan terhadap pembangunan mampan sosioekonomi serta memberi sumbangan positif bagi mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama dalam senario Asia bahkan segala umat manusia.

张宪