Xi Hubungi Lee Hsien Loong

2021-10-16 14:09:32  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerusi telefon semalam.

Xi menegaskan, ketika berdepan dengan situasi sejagat yang mengalami perubahan drastik dan di sebalik penularan COVID-19, masyarakat antarabangsa terutamanya negara membangun mengalami beberapa banyak cabaran. China dan Singapura bersepakat memelihara amalan multilateralisme dan mewujudkan pembangunan bersama. Sehubungan itu, China bersedia memperhebat kerjasama pelbagai hala, membentuk komuniti pembangunan global, mendorong penguatkuasaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), dan menyuntik kedinamikan bagi pemulihan ekonomi serantau bahkan dunia. Sempena ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN, China bersedia memperjuangkan komuniti kerjasama China-ASEAN yang lebih padu.

Lee Hsien Loong mengucapkan ulang tahun ke-72 Republik Rakyat China dan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China. Pihaknya bersedia menjayakan kempen perayaan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN, dan membuahkan lebih banyak hasilan kondusif untuk menyejahterakan rakyat serantau. Sementara itu, Singapura mengalu-alukan dan menyokong permohonan China untuk menganggotai Perkongsian Trans Pasifik Komprehensif dan Progresif (CPTPP).

高蕾