Hari Makanan Dunia Anjuran FAO

2021-10-17 14:38:36  CRI
Share with:

Hari Makanan Dunia Anjuran FAO_fororder_431883720

Sempena Hari Makanan Dunia yang jatuh pada 16 Oktober, Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan siri aktiviti perayaan di Rome, ibu negara Itali pada 15 Oktober lalu. Tema Hari Makanan Dunia yang diangkat pada tahun ini adalah “Bertindak mencipta masa depan, untuk pengeluaran, gizi, persekitaran dan kehidupan yang lebih baik.”   

FAO yang baru memilih 25 orang atau badan dianugerahi sebagai “pahlawan bijirin” tahun ini, menyeru agar mendorong transformasi sistem makanan dan pertanian. Sebagai salah seorang pemenang anugerah tersebut, Ye Minger, profesor madya hortikultur Universiti Zhejiang China, terkenal dengan pencapaiannya dalam usaha memperkenalkan teknologi pokok buah-buahan dengan bersungguh-sungguh dalam tempoh 35 tahun. FAO melalui laman sesawangnya menyatakan bahawa pencapaian Ye Minger membuktikan bahawa teknik penanaman yang inovatif berguna bagi mendorong pertumbuhan tanaman dan meningkatkan hasilan, serentak itu juga boleh menyumbang kepada perlindungan sumber semula jadi dan peningkatan taraf hidup kaum tani.

曹捷