Guterres Seru Agihan Vaksin secara Adil

2021-10-25 12:50:45  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru agar pengagihan vaksin COVID-19 dilaksanakan secara adil di seluruh dunia.

Berucap pada perasmian Sidang Kemuncak Kesihatan Sedunia ke-13 di Berlin pada Ahad, beliau turut mengecam amalan "nasionalisme vaksin" serta menyorok bekalan produk kesihatan itu.

Amalan seumpama disifatkan akan membawa kepada kematian, kelumpuhan sistem kesihatan dan kemelut ekonomi yang lebih teruk.

Guterres turut menegaskan, matlamat kadar vaksinasi mencapai 40 peratus di semua negara mampu dicapai menjelang hujung tahun ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru anggota Kumpulan 20 (G20) melaksanakan pelan pendermaan vaksin COVID-19 untuk membantu negara-negara yang lebih rapuh.

梁靓