Cadangan Bijak Presiden Xi bagi Pembangunan Asia-Pasifik

2021-11-13 16:15:00  CRI
Share with:

Cadangan Bijak Presiden Xi  bagi Pembangunan Asia-Pasifik_fororder_微信图片_20211113155225

Presiden China, Xi Jinping berkata, Asia Pasifik menjadi rantau yang paling berdinamik dan berpotensi pembangunan paling tinggi di dunia. Asia Pasifik memberikan sumbangan yang besar bagi pertumbuhan ekonomi dunia dan kesejahteraan rakyat serantau.

Ketika menghadiri dan menyampaikan ucaptama penting dalam sidang kemuncak tidak rasmi ke-28 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan secara maya malam Jumaat lalu, Presiden Xi  mengemukakan cadangan bagi pembangunan rantau Asia-Pasifik. 

Cadangan Bijak Presiden Xi  bagi Pembangunan Asia-Pasifik_fororder_微信图片_20211113155232

Presiden Xi menyarankan pelbagai negara berkenaan mendorong kerjasama untuk membendung pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi. Menurut beliau, memenangi dalam perjuangan menentang wabak dan memulihkan ekonomi dengan secepat mungkin  merupakan tugas yang terpenting bagi pelbagai anggota APEC. 

Selain itu, cadangan juga  melibatkan membina ekonomi Asia Pasifik yang terbuka, mendorong peningkatan inovasi dan pembangunan ekonomi digital, dan mewujudkan pembangunan berterusan dan inklusif.

"Usaha diperlukan untuk mewujudkan hidup secara harmoni antara manusia dengan alam sekitar, bertindak dengan aktif menangani perubahan iklim, mewujudkan mesra alam dan rendah karbon agar membentuk komuniti berkognsi nasib sesama makhluk Bumi.

"China menyokong negara-negara membangun mengembangkan sumber tenaga mesra alam dan rendah karbon serta membina bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)," kata beliau.

Sidang kali ini bertema “mendorong pemulihan ekonomi pasca wabak, mewujudkan kemakmuran bersama rakyat Asia-Pasifik dan keturunan mereka”. Sidang kali ini turut meluluskan rancangan pelaksanaan “Visi Putrajaya APEC 2040” dan perisytiharan pemimpin APEC 2021.

徐国玮