Thailand Ambil Alih Pengerusi Bergilir APEC 2022

2021-11-15 13:02:38  CRI
Share with:

Thailand mengambil alih jawatan pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2022, Jumaat lalu.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada majlis penyerahan yang diadakan secara maya mengumumkan tema APEC 2022 "Open. Connect. Balance", yang bermaksud APEC membuka pelbagai peluang, berhubung dalam apa juga dimensi serta seimbang dalam semua aspek.

Prayuth menyatakan bahawa negaranya akan terus bekerjasama dengan entiti ekonomi anggota APEC demi pembangunan bersama.

Beliau turut menyeru pemimpin APEC membentuk sinergi ke arah mewujudkan sebuah komuniti yang lebih terbuka, dinamik, berdaya tahan dan aman untuk generasi akan datang.

周乔西