China, Rusia Bincang Demokrasi, Hak Asasi

2021-11-19 14:09:46  CRI
Share with:

Demokrasi merupakan nilai sepunya seluruh umat manusia, manakala hak asasi suatu aspirasi serta tuntutan semua rakyat.

Demikian ujar kuasa usaha Misi China di Geneva, Li Song ketika berucap pada webinar bertema “Demokrasi dan Hak Asasi: Matlamat Bersama menerusi Pelbagai Pendekatan”, Khamis.

Li berkata, sama ada sesebuah negara demokratik atau tidak perlu dinilai oleh rakyatnya.

Menurutnya, adalah tidak demokratik untuk menolak demokrasi yang diwujudkan menerusi pendekatan berlainan.

Cubaan mencampuri urusan dalaman negara lain atas nama demokrasi dan hak asasi serta konfrontasi yang disengajakan, hanya akan membawa kepada pergolakan dan musibah.

Dalam pada itu, Wakil Tetap Rusia ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa lain di Geneva, Gennady Gatilov menyatakan, unsur-unsur seperti ciri budaya, kod etika dan nilai masyarakat harus diambil kira ketika mengejar demokrasi dan hak asasi.

Sesetengah negara yang mendakwa dirinya "benteng demokrasi" berdegil memegang mentaliti Perang Dingin, dan mencuba membuat penilaian mengikut piawaian demokrasinya.

Perbuatan seumpama yang mencetuskan lagi perselisihan sesama negara, disifatkan Gatilov sebagai sama sekali tidak boleh diterima.

董筱娉