Memperkukuh Persahabatan Rusia-China Melalui Kerjasama Media

2021-11-22 15:13:58  CRI
Share with:

Memperkukuh Persahabatan Rusia-China Melalui Kerjasama Media_fororder_20211121221445681

Laman sesawang Akhbar Rusia tajaan kerajaan semalam menyiarkan rencana pengarang yang bertajuk “memperkukuh persahabatan Rusia-China melalui kerjasama media ". Rencana itu menyatakan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin dalam mesyuarat Kementerian Luar Rusia yang diadakan pada 18 November telah menghargai tinggi hubungan Rusia-China, menegaskan akan mengintensifkan koordinasi dengan China di arena antarabangsa untuk bersama-sama menghadapi muslihat sesetengah negara yang mahu mengadu-dombakan hubungan kedua-dua negara ini. Pada hari yang sama, Putin menandatangani dekri untuk menganugerahkan "Pingat Persahabatan" kepada Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong. Ini sekali lagi membuktikan peri pentingnya kerjasama media bagi mendorong perkembangan hubungan dua hala.

曹捷