Kerjasama Penyiaran Acara Sukan CMG-Macao

2021-11-25 11:36:02  CRI
Share with:

Kerjasama Penyiaran Acara Sukan CMG-Macao_fororder_ef9181a117ec4ecf9c1cdae451950be8

Kerjasama Penyiaran Acara Sukan CMG-Macao_fororder_46b129476b384b8fa3e2a9bb67315f88

China Media Group (CMG) dan Telediffusion of Macao Co., Ltd menandatangani Surat Kebenaran Media Acara Sukan pusingan baharu di Guangzhou semalam.

CMG telah memberi mandat kepada pihak Macao untuk menyiarkan CCTV-16 semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dan Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu.

Ini merupakan salah satu langkah CMG untuk menjadikan Macao semakin relevan dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan dan terus mengintensifkan kerjasama strategik dengan Macao.

Kerjasama Penyiaran Acara Sukan CMG-Macao_fororder_edcfd7d68dd04a6aac11774efce878f2

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macao, He Yicheng, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti China yang juga sekalu Presiden CMG, Shen Haixiong telah menghadiri upacara penandatanganan dan menyampaikan ucapan.

Kerjasama Penyiaran Acara Sukan CMG-Macao_fororder_74f4a29585cd42da984dcc1fc9237900

Shen Haixiong menekankan bahawa surat kebenaran yang baharu tentang penyiaran acara sukan ditandatangani untuk memudahkan penduduk Macao menikmati acara sukan yang menarik di samping berkongsi pencapaian kemakmuran tanah air.

He Yicheng pula mengucapkan terima kasih kepada CMG yang terus memberikan perhatian dan sokongan sejak akhir-akhir ini. Diharapkan CMG dan Macao terus memperincikan kerjasama demi membuka lembaran baharu dalam pelaksanaan sistem “Satu Negara Dua Sistem”.

张宪