Kira Detik 100 Hari Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022

2021-11-25 11:36:19  CRI
Share with:

Kira Detik 100 Hari Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022_fororder_20211124205908035

Demi memenuhi keperluan perkhidmatan untuk orang kurang upaya, Risalah Perkhidmatan Kepada Orang Kurang Upaya Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 telah dilancarkan secara rasmi dalam aktiviti merayakan kira detik 100 hari temasya Sukan tersebut di Beijing malam semalam.

Kira Detik 100 Hari Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022_fororder_20211124195935170

Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing telah menerima permohonan seramai 2,428 orang kurang upaya China untuk menjadi sukarelawan, dan 19 orang daripada mereka berjaya terpilih sebagai sukarelawan yang akan berkhidmat di 18 buah venue kedua-dua temasya Sukan itu.

Kira Detik 100 Hari Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022_fororder_20211124205908101

Pada hari yang sama, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah mengumumkan rancangan tentang kempen larian obor yang terbabit.

Larian obor untuk kedua-dua temasya Sukan tersebut akan dijalankan pada 2 hingga 4 Mac tahun 2022 di tiga kawasan pertandingan, iaitu pusat bandar Beijing,  daerah Yanqing dan bandar Zhangjiakou. Kira-kira 600 orang pembawa obor akan melibatkan diri dalam dua aktiviti yakni pengambilan api dan larian.

曹捷