AS Didesak Hentikan Naiktaraf Hubungan Substantif dengan Taiwan

2021-11-25 13:13:27  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS)didesak segera menghentikan penaiktarafan hubungan substantif dengan Taiwan dan pertukaran dengan kerajaan Taiwan dalam sebarang bentuk, serta penghantaran isyarat salah kepada kuasa "Kemerdekaan Taiwan".

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam, susulan kehadiran Naib Setiausaha Negara AS dalam Dialog Hubungan Rakan Kemakmuran Ekonomi AS-Taiwan secara maya kelmarin.

Zhao berkata, China sentiasa menentang negara-negara yang berhubungan diplomatik dengan China, bergaulan dengan pihak berkuasa Taiwan dalam kegiatan rasmi dengan apa jua dalih dalam apa jua bentuk.

Sementara itu, China juga memberi ingat kepada pihak berkuasa Taiwan bahawa sebarang muslihat untuk mewujudkan kemerdekaan berdasarkan bantuan kuasa luar dan menjejaskan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan pasti gagal.

高蕾