China Sumbang Satu Juta Dos Vaksin Tambahan kepada Malaysia

2021-11-25 11:29:33  CRI
Share with:

China Sumbang Satu Juta Dos Vaksin Tambahan kepada Malaysia_fororder_vaksin

China akan menyumbang lagi satu juta dos vaksin Sinovac kepada Malaysia sebagai langkah memperkukuh hubungan diplomasi kesihatan yang baik antara kedua-dua negara.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, China telah menyumbang 28 juta dos vaksin Sinovac kepada negara ASEAN setakat ini, dengan 500,000 daripadanya didermakan kepada Malaysia.

Selain vaksin tambahan, China juga akan bekerjasama dengan ASEAN dalam kesihatan awam dan keupayaan farmaseutikal melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan harta intelek (IP).

"Ini akan membantu ASEAN mengukuhkan sistem kesihatan awamnya dan meningkatkan kesediaan untuk menangani kecemasan kesihatan pada masa depan," tambah Saifuddin lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China secara maya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

胡星