Wang Yi Hadiri Mesyuarat Menteri Luar China-Rusia-India

2021-11-27 15:00:58  CRI
Share with:

China bersedia bersama dengan Rusia dan India menyemarakkan semangat "terbuka, berpadu, percaya dan kerjasama", menonjolkan tanggungjawab dan peranan yang dipikul negara gergasi, menguatkan isyarat positif kepada masyarakat antarabangsa dalam usaha mengamalkan multilateralisme yang benar, menggalakkan hubungan antarabangsa berkembang ke arah demokratik, melawan wabak COVID-19, mendorong pemulihan ekonomi, memelihara kedamaian dan kestabilan sejagat, agar memberikan sumbangan dan kebijaksanaan masing-masing kepada dunia yang penuh dengan pergolakan.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam Mesyuarat ke-18 Menteri Luar China-Rusia-India yang diadakan secara maya semalam.

Sehubungan itu, beliau mengemukakan lima saranan untuk mempertingkat kerjasama antara satu sama lain iaitu mengamalkan multilateralisme yang benar; menghormati hak dan kepentingan sah milik pelbagai negara serta jalan pembangunan yang terpilih; memperhebat kerjasama global dalam melawan wabak; menggalakkan pemulihan ekonomi pasca penularan COVID-19; dan menangani isu hangat menerusi dialog dan rundingan.

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Menteri Luar India, S. Jaishankar bersepakat, tiga negara ini sepatutnya memperkasa penyelarasan untuk menyatukan suara dan mengoptimumkan potensi kerjasama dalam menghadapi cabaran global seperti penularan wabak, perubahan iklim dan keganasan.

Dimaklumkan, satu komunike bersama telah dikeluarkan setelah mesyuarat terbabit berakhir.

高蕾